Thursday, November 29, 2012

TIPS KEMPISKAN PERUT


Perut buncit ?

Macam terookk aje entri aku kat sini.Takde,aku saja nak berkongsi pasal perut buncit.Macam ada dalam satu iklan tu,punyalah girl tu tahan nafas dia dalam lif,sebab nak perut kempis-kempis gitu.

Tapi,semasa aku menjelajah dunia blog ni,adalah beberapa formula aku jumpa.Dan aku pon terpikir,tak salah kan kalau aku nak berkongsi jugak.

Perut buncit ni mungkin sebab angin,kalau yang dah berkahwin tu,sebab dia pernah melahirkan anak,sebab tu perut dia membuncit gitu...

Macam mana nak kempiskan perut?Time aku menyewa zaman muda aku dolu-dolulah,ada membe aku cakap kalau nak kurus minum air halia.Jadi,tiap-tiap harilah aku minum air halia.Jus halia,teh halia,semua aku bantai,macam dah boleh jadi makanan asasi aku.Hasilnya?Setakat kentut-kentut,sendawa tu biasalah kan?Kenapa?Aku tak segan ke cakap pasal kentut?Ala,kentut tu memang dah normal.Ke ada sape-sape yang tak kentut.Mesti problem.

Lepas tu,semalam aku ada baca.Kalau nak kempis perut,amik air limau,jus limau.
Kalau ada limau nipis dalam peti ais,rajin-rajinlah korang perah dan amik airnya.Jangan bubuh gula.Kurang manis,kuranglah sikit rekod kesihatan.


Dah minum?Buncit juga?Cuba korang elakkan ambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak,sebab manis dalam buah-buahan ni boleh menggemukkan.Nak tahu macam mana?Tanya MR.GOOGLE.


Korang juga boleh cuba bubuh kapur kat perut korang.Tak silap akulah kapur dan limau disatukan,kemudian diletakkan pada perut korang.Rasanya segar sekali.

Kalau korang rajinlah,pakai tungku.Tungku tu apa?
Bila korang mandi kat sungai,air terjun ke apa,amik batu sungai tu,lepas tu korang bubuh kat atas api (maksud aku atas dapur),dah lama tu,korang amik kain lama-lama,balut,lepas tu letak atas perut korang.
Boleh jugak korang letak kat tapak kaki before nak tidur.Gerenti syiookkk jer tidurnya...


Ada jugak satu petua aku jumpa,tapi aku lupa nak copy link dia.Daun lidah buaya dengan asam jawa korang didihkan sampai pekat,lepas tu dah sejuk,baru letak kat perut korang.

Actually,banyak benda lain lagi korang boleh buat,cuma aku tak JUMPA.Nanti kalau aku jumpa lagi,aku bagi tahu.
Oh,lupa.Senaman diri pon penting.Nak kempiskan perut tu kempis jugak,tapi bila bab senaman jangan lupa ya.Akulah tu yang lupa.


www.tips-fb.com
Dimiliki sepenuhnya oleh Angah Ct